Sunday, December 28, 2008

TANAM SERAI DI SELAMA PERAK


Semalam, bertempat di Pondok Tanjung, Selama, Perak, PKK Enterprise bersama-sama beberapa orang kru-kru telah berkampung di sini bagi menjalankan beberapa aktiviti pertanian. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah penanaman serai di sebuah ladang kepunyaan seorang teman owner syarikat. (Klik S.I.N.I untuk melihat foto aktiviti penanaman serai)

Dengan ladang yang seluasnya hampir 1 ekar, keperluan benih serai tersebut menjangkau 1 tan dan ianya telah diangkut dengan menggunakan lori syarikat. Lori yang sarat dengan benih serai tersebut bertolak dari headquarters di Bukit Mertajam dan sampai di lokasi pada pukul 0930 pagi.

Tanah seluas 1 ekar tersebut telah ditanam sebanyak 8000 perdu (3 batang serai/lubang) dengan jarak antara pokok 3 kaki. Kerja-kerja dilakukan bermula pada pukul 10 pagi dan tamat pukul 5 petang. Bagai dirahmati Allah kerana berbudi kepada tanah, hujan turun setelah kerja penanaman selesai semuanya...

Untuk TEMPAHAN SERAI, JANGAN LUPA HUBUNGI KAMI, PKK ENTERPRISE ATAU ISI SAHAJA BORANG TEMPAHAN YANG TERSEDIA DI WEB SITE INI. SETIAP TEMPAHAN AKAN AKAN DIHUBUNGI OLEH PENGURUS PEMASARAN KAMI!

Read more...

Thursday, December 25, 2008

Program baru bantu pekebun kecil dilaksana tahun depan


KUALA LUMPUR 25 Dis. – Kerajaan akan melaksanakan program bantuan baru kepada pekebun-pekebun getah pada tahun depan bagi membantu meringankan beban mereka ekoran kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kertas cadangan berhubung bantuan itu akan dibentangkan kepada Kabinet pada minggu pertama Januari ini.

“Kajian mengenai bantuan yang akan diberikan kepada para pekebun kecil ini dijalankan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rencana Arif Atan yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini yang mahukan kerajaan membantu penoreh getah kerana mereka kini berhadapan dengan kesukaran hidup akibat kejatuhan harga getah di pasaran dunia. UTUSAN ONLINE

Read more...

Wednesday, December 24, 2008

BAJA SILICON (H4SiO4) UNTUK TANAMAN ANDA


KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN GAMBAR
UNTUK PADI

Faedah

Pengeluaran hasil padi mampu ditingkatkan melebihi 50%. Ini tercapai kerana faktor berikut:
  • Bijian padi lebih padat dan berat
  • Pkok lebih subur kerana ia membantu meningkatkan daya penyerapan elemen NPK
  • Baja Silicon 20 mencegah serangan serangga perosak dan penyakit melalui peningkatan daya tahan pokok
  • Meningkatkan kekuatan pokok dan tangkai padi dari rebah dan gugur
  • Memulih struktur dan mengekalkan kesuburan tanah
  • Menjimatkan kos pembinaan sehingga 30%
Cara menggunakan baja
  • PENGGUNAAN PERTAMA
  • Sistem tabur terus - tabur 300 kg baja bagi satu hektar setelah sawah di baja kali kedua sebelum menabur benih padi
  • PENGGUNAAN KEDUA
  • Tabur 300 kg baja bagi satu hektar apabila padi mula menerbitkan tunas tangkai (50 - 55 hari selepas di tanam)
UNTUK KELAPA SAWIT

Faedah
  • Menambah bilangan tandan buah bagi setiap pokok
  • Menambah saiz dan berat buah
  • Meningkatkan kualiti buah melalui kadar ekstraksi minyak (OER)
  • Meningkatkan daya tahan pokok daripada serangan perosak dan penyakit
  • Memulih struktur dan mengekalkan kesuburan tanah
  • Menjimatkan kos pembinaan sehingga 30%
Cara menggunakan baja
  • Anak pokok - 50g baja digaul dengan tanah sebelum dimasukkan dalam poli bag
  • Poko Juvana - 500g baja Silicon 20 ditabur rata dengan 500g baja NPK disekeliling pokok
  • Pokok Berbuah- 1 kg baja Silicon 20 ditabur rata dengan 1 kg baja NPK disekeliling pokok
UNTUK GETAH

Faedah
  • Meningkatkan pengudaraan dan penggemburan tanah dan menggalakkan pertumbuhan akar
  • Merangsang pokok menyerap elemen baja secara lebih efisien untuk menghasilkan susu yang banyak
  • Memulih dan melebutkan tapak torehan getah
  • Melambatkan dan memendekkan tempoh keguguran daun getah dan ini membolehkan pokok getah terus ditoreh
  • Menjimatkan kos pembajaan sehingga 30%
Cara menggunakan baja
  • 1/2 kg baja Silicon 20 ditabur rata dengan 1/2 kg baja NPK disekeliling pokok
  • Peningkatan hasil getah dapat dilihat selepas 30 hari

Read more...

Tuesday, December 23, 2008

PENGHANTARAN TEMPAHAN AYAM KAMPUNG


Penghantaran tempahan hari ini ialah ke Mutiara Kristal Cafe yang terletak di Penanti, Bukit Mertajam. Mutiara KristaL Cafe merupakan pelanggan tetap PKK Enterprise untuk penghantaran ayam kampung. Cafe ini telah menempah sebanyak 100 ekor ayam kampung bagi setiap minggu penghantarannya.

Ini adalah penghantaran pertama untuk minggu ini dan penghantaran kedua akan dihantar pada setiap hujung minggu. Sebanyak 50 ekor akan siap diproses dan dihantar ke Mutiara Kristal Cafe.
Klik S.I.N.I untuk melihat pemprosesan ayam kampung

Read more...

PISANG EMBUN BARU (CAVENDISH BANANA)

pisang

Setelah enam bulan pengeluaran pisang ini terputus, kini ia telah kembali melalui pokok-pokok yang baru di tanam. Terdahulu, pengeluaran pisang ini terhenti seketika disebabkan hasil-hasil pengelurannya kurang bermutu dan banyak yang rosak.

Pisang Cavendish ini amat sesuai digunakan dalam penghasilan kek-kek pisang yang berada di pasaran. Banyak pengusaha-pengusaha kek yang tertunggu-tunggu kehadiran pisang ini di pasaran.

Jangan lupa dapatkannya dari kami. Para pengunjung web ini boleh mengisi borang yang tersedia ataupun terus menghubungi pihak kami di

ALAMAT:
PKK ENTERPRISE
NO 637, MK 21, PADANG TEMUSU
14000, BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
MALAYSIA

NO TEL:
+6012-6406716 (Mi)
+6017-6978830 (Man)

WEBSITE:
http://www.pkk-enterprise.blogspot.com

ALAMAT EMAIL:
pkkenterprise@gmail.com
pkk_ent@yahoo.com

TERIMA KASIH

Read more...

Monday, December 22, 2008

Siswazah Wanita Ceburi Ternakan Itik

Oleh Mohamad Bakri Darus

JASIN, 18 Dis(Bernama) -- Antara bekerja di bilik berhawa dingin dan berpanas terik di bawah matahari, seorang siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik.

Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara kormesil di negara ini.

"Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor. Saya belajar bagaimana memelihara itik kecil sehingga itik mengeluarkan hasil (bertelur)," katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladang ternakan itik beliau di Kesang Pajak dekat sini.

Beliau memilih untuk menternak itik kerana unggas itu tahan kepada serangan penyakit dan tidak banyak karenah untuk memeliharanya.

"Saya suka dengan ternakan itik ini kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu," katanya.

Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam, cuma sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain.

ITIK SPESIES KHAKI CAMPBELL

Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies "Khaki Campbell" di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lepas.

Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor.

Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu akan terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.

Beliau dibantu 12 orang pekerja mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan di kelilingi kebun getah dan hutan.

Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik berkenaan setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan berkenaan dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur.

Pekerja akan memasukkan makanan yang dikisar itu ke dalam beberapa bekas di sekitar ladang berkenaan.

Sebuah traktor mini digunakan untuk membawa guni-guni berisi makanan itik untuk dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan itu.

Itik-itik berkenaan diberi makan dua kali sehari, katanya.

Elly Yuza berkata kaedah Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan pencemaran lain.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladang itu dua kali seminggu.

KUTIP TELUR

Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya setiap hari dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak.

Mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ.

Telur yang dikutip itu kemudian dikumpulkan di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin.

Telur yang dibersihkan daripada kotoran tanpa menggunakan air itu kemudian diisi ke dalam rak telur.

"Kami tidak boleh membersihkan telur ini menggunakan air kerana ia akan menjadi rosak, sebaliknya kami menggunakan kain kasar atau mesin pencanai untuk membuang kotoran yang melekat pada kulit telur," kata seorang pekerja, Che Ros Awit, 53.

Elly Yuza berkata melalui syarikatnya, Bella Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara.

TELUR MASIN

Syarikat ini juga menghasilkan telur masin organik.

Tanpa penggunaan bahan kimia, syarikat ini mementingkan kualiti dengan menggunakan garam mengikut sukatan yang ditetapkan.

Mesin yang dikendalikan dua atau empat pekerja, digunakan untuk membalut telur dengan tanah dan debu sekam padi yang dibakar.

Beliau berkata telur masin itu akan dimasukkan ke dalam kotak dan setiap kotak mengandungi 50 biji, sebelum dipasarkan.

Elly Yuza berkata syarikatnya juga bercadang menghasilkan produk hiliran berasaskan telur itik seperti kuih bahulu.

Katanya bagi itik yang tidak lagi produktif, dagingnya yang telah dimasak dengan menu tertentu, akan ditinkan dan dipasarkan.

"Produk ini ada pasaran luas di luar negara," katanya.

Selepas melihat potensi besar ternakan itik, Elly Yuza tidak menoleh ke belakang lagi, beliau mensasarkan untuk menambah ternakan kepada 64,000 ekor tahun depan.

-- BERNAMA

Read more...

Sunday, December 21, 2008

PROFIL PEMILIK SYARIKAT


Read more...

HUBUNGI KAMI


ALAMAT:
PKK ENTERPRISE
NO 637, MK 21, PADANG TEMUSU
14000, BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
MALAYSIA

NO TEL:
+6012-6406716 (Mi)
+6017-6978830 (Man)

WEBSITE:
http://www.pkk-enterprise.blogspot.com

ALAMAT EMAIL:
pkkenterprise@gmail.com
pkk_ent@yahoo.com

Read more...

PERKHIDMATAN KAMI

Pihak syarikat mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada semua jenis produk yang ditawarkan. (Sila rujuk syarat-syarat penghantaran.)

KLIK PADA GAMBAR
UNTUK LIHAT LEBIH JELAS

PERKHIDMATAN SAMPINGAN








Read more...

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat ini ditubuhkan pada November 2007 di alamat 637, MK 21, Padang Temusu, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bermula dengan perkongsian modal oleh dua orang sahabat, En. Akmal Anas Abd Malek dan En. Mohd Salmee Ismail, mereka berjaya mebawa syarikat ke satu tahap yang agak membanggakan. Melihatkan kejayaan dan kesungguhan dua orang pengusaha syarikat ini, ianya telah menarik minat 2 orang lagi sahabat mereka iaitu, En Mohd Saful dan En. Mohd Sofian untuk turut melabur sebagai sleeping partner di dalam syarikat ini.

Pada permulaannya, syarikat ini bergerak dengan berniaga buah-buahan secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam, pasar tani dan turut mengusahakan ternakan ayam kampung secara komersial. Kemudiannya ia bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan membuka sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Jalan Padang Menora.

Setelah beberapa ketika berniaga secara kecil-kecilan, pemilik perniagaan ini mengambil satu langkah drastik untuk bertindak menjadi pemborong dan pembekal bahan-bahan berasaskan pertanian dan ternakan kepada syarikat-syarikat dan juga pemilik-pemilik restoran di sekitar Pulau Pinang.

Selain itu, pemilik juga telah membuka ladangnya sendiri dengan mengusahakan tanaman-tanaman pertanian dan serai merupakan tanaman utama di ladang tersebut. Antara tanaman-tanaman yang turut diusahakan ialah cili, pisang, betik, limau kasturi, ceremai dan lain-lain lagi.

Read more...

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH

BORANG ANDA TELAH KAMI TERIMA
DAN
AKAN DIPROSES

Read more...

Saturday, December 20, 2008

PENGENALAN

Web blog ini memaparkan hasil-hasil perkhidmatan yang dtawarkan oleh syarikat kami, PKK ENTERPRISE

Read more...

PENAFIAN/DISCLAIMER

© 2009 PKK Enterprise (PG 0209352-D), Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PKK ENTERPRISE melainkan dinyatakan sebaliknya. PKK ENTERPRISE tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP