Sunday, May 24, 2009

SERAI PADANG TEMUSU SEDIA DI PROSES

Penanaman serai yang dimulakan di Padang Temusu pada awal tahun yang lalu telah pun sedia untuk dituai. Klik S.I.N.I untuk entry asal penanaman serai ini.

Setiap hari, serai-serai ini akan diproses sehingga mencecah 200 kg untuk dihantar ke pasar-pasar awam di Kepala Batas dan Bukit Mertajam. Melalui pelanggan-pelanggan tetap yang terdiri daripada penjual-penjual di pasar-pasar tersebut, permintaan terhadap serai ini meningkat pada setiap penghantaran.

PKK Enterprise kini tidak sahaja membekalkan serai yang telah siap diproses. Ada juga pelanggan yang mahukan benih serai untuk mereka sendiri usahakan.Setiap bekalan yang dihantar ke pasar, simpanan stoknya akan dapat bertahan selama lima bulan dan setiap penghantaran yang dibuat, tapak tuaian yang telah dikosongkan akan terus ditanam dengan benih-benih yang baru supaya bekalan serai ini tidak terputus.

Read more...

PROJEK TANAMAN PISANG DI KAMPUNG PAYA

Projek tanaman pisang ini telah dimulakan pada penghujung tahun 2008. Kawasan yang diteroka pada ketika itu hanyalah satu ekar. Setelah perbincangan dilakukan, maka PKK Enterprise bersetuju menggunakan kawasan tersebut untuk penanaman pisang.


Antara pisang pisang yang ditanam adalah pisang awak kampung dan pisang awak nipah. Hampir 45o anak pokok ditanam pada ketika itu. Setelah hampir lima bulan berbudi kepada tanah tersebut, berikut adalah perkembangan-perkembangan terbaru mengenai tanaman tersebut.

Aktiviti-aktiviti penjagaan telah dilaksanakan bagi memastikan kawasan tanaman tampak lebih terjaga dan bersih. Antara yang dilakukan baru-baru ini ialah aktiviti mencuci kawasan ladang, memotong daun-daun pisang dan juga penyulaman anak benih baru.

Read more...

PENAFIAN/DISCLAIMER

© 2009 PKK Enterprise (PG 0209352-D), Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PKK ENTERPRISE melainkan dinyatakan sebaliknya. PKK ENTERPRISE tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP