Wednesday, January 14, 2009

PROJEK SERAI DI PADANG TEMUSU


Tarikh 5 November 2008 menyaksikan, PKK Enterprise telah memulakan projek tanaman serai di Padang Temusu. Dengan keluasan tanah hampir 2 ekar, pihak pengurusan telah memulakan projek ini dengan menyediakan bilangan lubang yang hampir mencecah 16 000.

Penjagaan Serai

Aktiviti memotong rumput boleh dilakukan sebanyak 3 hingga 4 kali bagi semusim penanaman serai, dan ianya juga bergantung kepada cuaca,kerana jika musim tengkujuh melanda, rumput dan rumpai akan melata dengan lebih pantas dari biasa. Selepas pemotongan dilaksanakan, rumput-rumput tersebut seterusnya akan disembur racun bagi melambatkan lagi pertumbuhan rumput-rumput baru

Aktiviti penyulaman benih serai

Kerja-kerja penyulaman akan dilakukan selepas 2 bulan pertama penanaman dilakukan. Ruang kosong ditinggalkan di antara baris semasa penanaman pertama. Kerja-kerja penyulanam dilakukan supaya hasil yang akan dituai tidak serentak dan mengelakkan daripada terputus bekalan serai.

SILA RUJUK FOTO DI SINI UNTUK GAMBARAN YANG LEBIH JELAS

BAGI TEMPAHAN, SILA HUBUNGI PIHAK PENGURUSAN PKK ENTERPRISE!



Read more...

Thursday, January 1, 2009

PROJEK CILI FERTIGASI DARI PKK ENTERPRISE


Pada hari ini, diawal pagi tahun baru 2009, PKK Enterprise telah memindahkan PROJEK FERTIGASI CILInya dari ladang yang terletak di Ara Kuda ke sebuah ladang baru yang terletak di Padang Temusu. Projek tersebut telah pun berjalan hampir setahun sebelum kerja-kerja mencari ladang baru yang lebih dekat dengan HQ. Ladang yang baru ini terletak di Padang Temusu dan merupakan ladang yang terletak di dalam kawasan HQ PKK Enterprise.

Faktor jarak merupakan penyebab utama perpindahan penanaman secara fertigasi ini. Ladang yang lebih dekat membolehkan pengurusan syarikat menguruskan ladang dengan lebih efisien dan berkesan dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Adalah diharapkan dengan perpindahan ini, hasil tani cili ini dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan. KLIK SINI UNTUK MELIHAT FOTO PEMINDAHAN CILI

Nantikan proses penanaman cili ini di dalam entry yang akan datang.
JANGAN LUPA UNTUK MENGHUBUNGI PIHAK SYARIKAT JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN BEKALAN CILI DARI KAMI!

Read more...

PENAFIAN/DISCLAIMER

© 2009 PKK Enterprise (PG 0209352-D), Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PKK ENTERPRISE melainkan dinyatakan sebaliknya. PKK ENTERPRISE tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP