KONTRAK PENANAMAN DAN PENJAGAAN PISANG EMAS
PKK Ent. telah berjaya mendapat kontrak penanaman dan maintenance pisang emas di Serdang Kedah. Kontrak ini adalah dari Koperasi Pekebun Kecil Bandar Bharu, Kedah.
Keluasan tanaman adalah 6 ekar jumlah pokok adalah 3700 batang. Kerja-kerja penanaman mengambil masa hampir seminggu.
Antara aktiviti-aktiviti penanaman yang telah dijalankan,
- Membuat lining kawasan ladang untuk menanda lubang yang akan ditanam seterusnya mengali lubang pada tempat yang ditanda.
- Menggali lubang yang ditandakan
- Proses pembajaan dilaksanakan, baja kompos daripada tahi ayam ditabur ke dalam lubang dan dibiarkan selam 2 hari sebelum anak pokok ditanam. 1 guni baja 50 kg boleh digunakan untuk 25 lubang dan bagi keseluruhan ladang penggunaan baja tahi ayam mencecah 148 guni.
- Racun furadan juga ditabur ke dalam lubang untuk mengelakan serangan serangga perosak.
- Akhir sekali anak pokok ditanam ke dalam lubang.
Kerja-kerja penjagaan akan dimasukkan pada entry yang akan datang!
0 comments:
Post a Comment