Friday, April 10, 2009

JUMBO BEG - Produk Terbaru PKK Enterprise

PKK Enterprise kini mempunyai produk sampingan iaitu JUMBO BEG. Jumbo beg adalah beg yang digunakan untuk mengisi barangan yang berskala besar.

Kegunaan jumbo beg ini termasuklah juga untuk mengisi barangan keluaran kilang-kilang sebagai contoh, padi, gula, tepung, baja dan lain-lain lagi. Antara saiz-saiz beg yang dibekalkan oleh PKK Enterprise ialah 500kg, 1 tan, 1.5 tan dan 2 tan.

PKK Enterprise telah mendapat kontrak untuk membekalkan Jumbo Beg second hand untuk sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil. Syarikat tersebut adalah Kilang Shaefer Kalk (M) Sdn Bhd. Kilang ini adalah sebuah kilang daripada Jerman yang menghasilkan bahan daripada batuan yang diproses menjadi serbuk kalsium. Jumbo beg yang bekalkan kepada kilang ini telah digunakan untuk mengisi kalsium karbonat dan di eksport ke serata negara.

PKK Enterprise telah mendapat bekalan Jumbo Beg second hand ini daripada kilang-kilang sekitar Perai dan kemudiannya melakukan penambahbaikkan ke atas beg-beg tersebut sebelum dihantar kepada pelanggan. Permintaan beg-beg ini semakin meningkat dan pesanan kini mencecah 1000 beg - 2000 beg sebulan.






0 comments:

PENAFIAN/DISCLAIMER

© 2009 PKK Enterprise (PG 0209352-D), Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan PKK ENTERPRISE melainkan dinyatakan sebaliknya. PKK ENTERPRISE tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP